KK

Font Size

Profile

W3C PANEL

Sijil Kolej Komuniti (M)

MAKLUMAT AM

Maklumat Program
Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Penawaran secara sepenuh masa. Pelajar akan menjalani Latihan Industri atau Program Externship (MODUL 5*) - jika diperlukan oleh SKK yang memerlukan pendedahan industri atau penilaian oleh Panel Penilai Luar / Industri.


Apakan menariknya program ini?

  • Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan
  • Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan
  • Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan
  • Penilaian dilaksanakan oleh badan profesional dan agensi kerajaan
  • Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak
  • Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran

 

Kursus Tawaran di bawah SKK (M)

  • Sijil Kulinari

 

Syarat Am Institusi (Kemasukan)

  • Warganegara MALAYSIA;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV) atau setara;
  • Berumur 17 tahun ke atas;

 

Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian minimum 20 bulan. Perlaksanaan secara modular dan tempoh setiap modul adalah selama empat (4) bulan.

 

Bantuan Kewangan
Pelajar Kolej Komuniti yang mengambil sijil sepenuh masa SKK (T) atau SKK (M) dalam mana-mana bidang yang ditawarkan boleh memohon bantuan kewangan samada melalui Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) ATAU Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK). Pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu untuk membuat permohonan. Pelajar yang berkelayakan hanya boleh membuat satu sahaja permohonan bantuan kewangan iaitu samada melalui TPP atau BKPKK pada satu sesi pengajian. Sila rujuk maklumat berkaitan TPP dan BKPKK untuk maklumat lanjut.

BKPKK

Pemohon layak memohon Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) mengikut syarat yang ditetapkan.

 

Objektif bantuan:

Bantuan kewangan diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isirumah tidak melebihi RM1500 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isirumah.

 

Golongan sasaran:

Pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM1,500.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.

 

Syarat-syarat:

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej  Komuniti  peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin);       
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.        

 

Kaedah Permohonan:

Pelajar baru atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing. Pertanyaan lanjut sila berhubung dengan penyelaras biasiswa Kolej Komuniti Nibong Tebal iaitu Pn. Emyzatul Najlaa Binti Roslin.

 

TPP

Pemohon layak memohon Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) mengikut syarat yang ditetapkan.

 

Objektif bantuan:

  • Tabung Pinjaman Pelajaran Kementerian Pengajian Tinggi merupakan satu Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan yang ditubuhkan di bawah  Akta Kewangan 1957.
  • Pinjaman ini diberikan kepada pelajar kolej komuniti sebagai langkah untuk membantu pelajar melanjutkan pengajian di peringkat separa profesional yang akan dapat meningkatkan kemahiran hidup mereka dan seterusnya memberi peluang kepada mereka menceburi bidang ekonomi dengan lebih berkesan.

 

Golongan sasaran:

Pelajar Kolej Komuniti di peringkat sijil dan diploma.

 

Syarat-syarat:

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • TPP diberikan hanya kepada pelajar Kolej  Komuniti  peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar disyaratkan menandatangai perjanjian tetapi tiada syarat kontrak berkhidmat dengan kerajaan;
  • Pelajar perlu mengemukakan seorang penjamin;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja yang lain; dan
  • Pelajar perlu membayar balik pinjaman selepas 6 bulan tamat belajar.

 

Kaedah Permohonan:

Pelajar baru atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing. Pertanyaan lanjut sila berhubung dengan penyelaras biasiswa Kolej Komuniti Nibong Tebal iaitu Pn. Emyzatul Najlaa Binti Roslin.

 

CARA PERMOHONAN

Cara Permohonan
Permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti dibuka sepanjang tahun melalui laman web:

  1. http://upu.mohe.gov.my

          Pembeliaan no. unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) :
          (Jika calon telah membeli no. unik id tetapi telah hilang no. tersebut anda perlu membeli semula)
          Lepasan SPM/SKM/Setaraf : RM10.60
          Lepasan STPM/Setaraf : RM15.60

 

     2.   Permohonan secara 'walk in' di Kolej Komuniti:

           Datang ke Kolej Komuniti berdekatan dengan membawa salinan kad pengenalan serta salinan keputusan
           SPM

 

 

Etiam quis metus magna, at euismod magna. Maecenas euismod sem vitae lorem blandit porta. Aliquam eu dolor at leo mollis iaculis. Phasellus adipiscing tincidunt dui vel tincidunt. Nullam et massa risus, eu commodo turpis. Curabitur eget metus lectus.