KK

Font Size

Profile

W3C PANEL

Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi & Polisi Keselamatan

 

Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.  Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web Kolej Komuniti Nibong Tebal kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Maklum Balas
Kami amat mengalu-alukan maklum balas/pertanyaan anda.
Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam laman web ini, keperluan anda akan dimajukan kepada agensi yang berkaitan.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Laman Web Rasmi Kolej Komuniti Nibong Tebal mempunyai pautan ke laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan laman web ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Pertanyaan atau Aduan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau laman web ini, anda boleh menghubungi kami melalui seksyen maklum balas yang disediakan dalam laman web ini.

 

Etiam quis metus magna, at euismod magna. Maecenas euismod sem vitae lorem blandit porta. Aliquam eu dolor at leo mollis iaculis. Phasellus adipiscing tincidunt dui vel tincidunt. Nullam et massa risus, eu commodo turpis. Curabitur eget metus lectus.