KK

Font Size

Profile

W3C PANEL

Pengenalan

PENGENALAN

Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT) merupakan sebuah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KKNT ditubuhkan untuk memberi peluang pendidikan dan latihan khusus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Pada peringkat permulaan, KKNT menawarkan kursus sepenuh masa iaitu kursus Sijil Hotel & Katering.

 

Pada Tahun 2010, Sijil Modular Kebangsaan telah diperkenalkan bagi menggantikan kursus sepenuh masa yang mana sijil modular ini memberi peluang kepada pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan setaraf dengan institusi pengajian yang lain.

 

Di samping itu, Kolej Komuniti Nibong Tebal juga menawarkan kursus Latihan 1Malaysia kepada umum. Ia adalah ilham YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dalam pembentangan Bajet 2011 bagi membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat setempat melalui Latihan 1Malaysia.

 

Kolej ini juga akan memperhebatkan dan mempelbagaikan lagi tawaran Kursus Jangka Pendek bagi menarik minat lebih ramai masyarakat setempat mengambil bahagian dalam pembelajaran sepanjang hayat. Sesungguhnya, masyarakat setempat tidak seharusnya melepaskan peluang untuk meningkatkan dan menambahkan pengetahuan bagi memperbaiki taraf kehidupan dan menjana peningkatan taraf ekonomi masing-masing.

 

Etiam quis metus magna, at euismod magna. Maecenas euismod sem vitae lorem blandit porta. Aliquam eu dolor at leo mollis iaculis. Phasellus adipiscing tincidunt dui vel tincidunt. Nullam et massa risus, eu commodo turpis. Curabitur eget metus lectus.