KK

Font Size

Profile

W3C PANEL

Soalan Lazim Kursus Pendek

Berapa lamakah tempoh pengajian bagi kursus pendek?
Tempoh kursus pendek adalah bergantung kepada tempoh kursus tersebut dijalankan.


Bagaimanakah cara perlaksanaan kursus pendek?

Ianya dijalankan selepas waktu pejabat (hari pekerja - 6.00ptg hingga 10.00mlm) dan hujung minggu (8.00pg - 6.00ptg). Kursus juga dijalankan pada hari/waktu bekerja bergantung kepada kesesuaian masa dan tempat.


Siapakah yang layak memohon kursus pendek?
Terbuka kepada semua warganegara MALAYSIA dan tiada had umur (boleh membaca dan menulis). Kedua-dua program/kursus ini terbuka kepada  semua golongan masyarakat komuniti, pekerja, pelajar, pesara, warga emas, suri rumah, lepasan sekolah dan lepasan universiti.


Berapakah jumlah yuran yang dikenakan untuk mengikuti kursus pendek?

Berikut adalah maklumat yuran kursus pendek:

1 - 5 jam = RM5.00
6 - 10 jam = RM10.00
11 - 15 jam = RM15.00
16 jam ke atas = RM20.00
Warga Emas & OKU = Percuma

*Tertakluk kepada pindaan/perubahan dan yuran-yuran tersebut tidak termasuk yuran untuk makan, nota, bahan pengajaran dan lain-lain.


Adakah peserta akan diberikan sijil setelah tamat mengikuti kursus?

Ya, sijil akan diberikan kepada setiap peserta yang mengikuti mana-mana kursus yang ditawarkan.


Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan sijil?
Kebiasaannya pihak Kolej Komuniti Nibong Tebal akan menyerahkan sijil kepada peserta dalam tempoh satu minggu selepas tamat kursus.


Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat kesalahan ejaan atau no kad pengenalan pada sijil yang saya terima?
Sila catatkan pembetulan pada sijil berkenaan dan serahkan semula kepada pihak kami. Tempoh penyerahan semula sijil adalah dalam masa satu minggu.

 

Bolehkah kursus pendek dijalankan diluar kawasan kampus Kolej Komuniti Nibong Tebal?
Boleh, bergantung kepada permintaan peserta serta bersesuaian dengan kursus yang hendak dijalankan.

 

Etiam quis metus magna, at euismod magna. Maecenas euismod sem vitae lorem blandit porta. Aliquam eu dolor at leo mollis iaculis. Phasellus adipiscing tincidunt dui vel tincidunt. Nullam et massa risus, eu commodo turpis. Curabitur eget metus lectus.